Thursday, September 26, 2013

Noorah

Tajuk Buku: Noorah
Author: Ummu Hani Abu Hassan



Ini adalah kisah perjalanan hidup Noorah (seorang wanita Brisith) dari sebelum memeluk agama Islam hingga masuk ke dalam Islam sepenunhya. Track hidup Noorah sangat berliku dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Hidupnya pada zaman kanak-dan remaja sangat bermasalah menyedihkan. Namun selepas nur Islam datang ke dalam hidup Noorah, segala kesulitan dapat dihadapi dengan lebih berhemah. Antara konflik yang paling besar dalam hidup Noorah adalah kehidupannya bersama suami, kehilangan anak-anak (yang dilarikan oleh bekas suami) dan kini Noorah bertarung untuk terus hidup walaupun mengidap barah payudara. Membaca buku ini memberi satu pengajaran utama iaitu: Bersyukur. Bersyukur dengan nikmat iman dan islam, bersyukur dengan nikmat yang diberi dan bersyukur jika di uji. 

No comments:

Post a Comment