Tuesday, September 24, 2013

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Ya Allah, ya tuhanku, sesungguhnya aku memohon ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezki yang halal. Ya Allah, ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari dan amalan yang tidak diterima…ameeen.
Saya bukan lah calon yang layak untuk mengulas pasal sesuatu buku. Ulasan ini adalah berdasarkan kepada pembacaan saya sebagai pembaca biasa. Pandangan ini mungkin tidak sama bagi orang lain, tapi saya merasakan sebegitu.

Tajuk Buku: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Author: Muhd Kamil Ibrahim


Buku ini menceritakan tentang perjalanan Prof Kamil semasa mengerjakan ibadah haji. Beberapa perkara yang penting dalam penulisan beliau:
1)  Sebelum pergi menunaikan haji, kebanyakan orang akan berasa sangat takut dengan pembalasan yang mungkin berlaku di Tanah Haram atas segala dosa yang pernah dilakukan .
2)      Konsep berserah diri kepada Allah dengan sepenuhnya.
3)      Bedoa dan terus berdoa agar dipermudahkan sepanjang mengerjakan ibadat haji.
4)      Pengurusan masa yang sangat penting.
5)      Gunakan masa sepenuhnya untuk beribadat (bukan membeli-belah dan berehat di hotel).
6)      Kekalkan segala kebaikan yang dibuat sepanjang di Tanah Haram sehingga balik Malaysia dan sampai bila-bila (berubah kepada yang lebih baik).
7)      Setiap tetamu Allah adalah istimewa.


Buku ini antara buku kegemaran saya, kerana setiap kali membaca buku ini, ia memberi pelbagai rasa dalam hati. Kadang-kadang terpaksa memberhentikan pembacaan terutamanya bila sampai kepada cerita Masjid Nabawi….sekok sebok (kata kawan saya dalam dialek Kelantan). Sesiapa yang pernah menunaikan Haji dan Umrah pasti mempunyai rasa yang sama. Saya sangat menggalakkan mereka yang ingin menunaikan Haji dan Umrah memiliki buku ini. Buku ini sangat significant dalam kehidupan saya sekarang.

No comments:

Post a Comment