Pulau perhentian
(panjang sikit ceritanya).
Sebagai hantu pulau,
saya dan kawan-kawan sangat suka dengan Pulau Perhentian sehingga repeat trip
ke sana. Trip 3hari 2malam ke Pulau Perhentian sangat-sangat melekat dalam kepala
kami kerana berlaku peristiwa antara hidup dan mati.
Pemandangan depan bilik kami
Malam-1.
Kami bertolak dari KL
dengan menaiki bas ke Kuala Besut. Perjalanan lebih kurang 8-9 jam tue dipenuhi
dengan tidur semata-mata. Kami selamat sampai di stesen perhentian bas
kira-kira jam 5pagi. Seorang kawan yang turun dari Kuantan sampai lebih awal
selamat menidurkan diri di motel yang berdekatan. Kami dijemput oleh kawan yang
memang menetap di Kuala Besut.
Hari-1
Selepas selesai
breakfast dengan nasi lemak stail Terengganu (lauk ikan tongkol) dan kopi
panas, kami memulakan misi pertama melawat ke Pasar Pagi di Kuala Besut….macam-macam
ada. Kami membeli stok makanan untuk di bawa ke pulau…yang wajib ada, maggi
cawan…dari pasar, kami mengada-ngada nak naik beca. Tetiba tak tahu pulak nak
bayar berapa kat pakcik beca…adoi…pakcik nie tak letak harga lah pulak…kami pun
pejam mata, hulurkan lah….Rm…tettt….
9am…menunggu boatman punya lah lama…dh dekat
satu jam, orang ramai giler. Akhirnya boatman yang ditunggu-tunggu
sampai…(berlaku kelewatan kerana polis marin buat rondaan). Perjalanan dengan
bot laju dalam 40minit, dan kami di hantar ke chalet kami (antara chalet yang
paling mewah pernah kami book). Coral
View island Resort...kami dapat dengan harga murah kerana kenal orang dalam
resort nie. Untuk cut kos, kami sewa bilik tanpa makan. Pagi dimulakan dengan
kuliah laut. Selesai sesi kuliah laut, kami di bawa ke beberapa snorkeling
point yang best. Disebabkan kami memang nak cut bujet, kami makan di Pulau
Perhentian Kecil. Hari pertama berkahir selepas asar dan masing-masing melepak
di tepian pantai yang sangat cantik menunggu sunset.
Malam-2
Malam tue agak
menakutkan kerana hujan yang lebat giler hampir sepanjang malam. Kalau lah
tetiba tsunami …semua ingat Tuhan…
Hari 2
Selepas menunggu sunrise,
kami melepak depan bilik…buka tikar dan menunggu Abg Din bawa breakfast dari
darat. Semua bekalan makanan terhidang atas tikar. Ok what…jimat banyak…Air
…guna 3in1 je…dan ramai pulak yang bertanya kat mana boleh dapat breakfast tue…kami
mampu tersenyum je. Abg Din menggantikan boatman dengan sorang budak muda
(Joe). Joe ikut semua kehendak kami memandangkan kami pernah ke Perhentian, dan
Joe sendiri membawa kami ke beberapa port yang sangat jauh dan tak ramai orang
(pada awalnya kami fikir Joe nak larikan kami…erk). Satu tempat yang wajib kami
pergi ialah kolam air batu. Memang susah nak percaya yang air kolam nie sejuk
cam ais. Sampai sekarang saya pun tak tahu macamana tengah-tengah pulau , boleh
ade satu aliran air yang datang dari tengah hutan dan airnya sangat
sejuuuuuuukkkkk….itu lah tanda-tanda Kebesaran dan Kekuasan Allah…
Selepas zohor kami
meneruskan trip ke Long Beach (tempat ramai mat salleh, kene tutup mata dan
kuatkan iman). Nak thrill sikit, kami tak terus drop di Long Beach, kami lalu
jalan belakang…pergi ke kincir angin. Menapak tangga yang beratus tue,…penat
giler. Tapi bila sampai ke peak, memang worth it…cantik yang ….Subhanallah…cam
di OZ pulak rasa…kami jer melayu yang ada di atas tue…puas menikmati keindahan
alam, kami menuruni bukit menuju ke Long Beach.
Sebahagian anak tangga untuk ke kincir angin
Lama bercanda di Long Beach, jam menunjukkan pukul 6pm,
tapi langit agak gelap. 6.15pm tetiba langit jadi lagi gelap…angin kencang dan
ramai orang mula berlari balik ke bilik… Kami berlari-lari ke area boat. Joe
dah menunggu kami….hujan mula menitik..dan semakin kasar…kami melompat ke bot tak
hingat dunia dah…dan yang paling menakutkan….tak der life jacket….satu pun tak
de..dalam 15minit kami dah berada ditengah-tengah laut…hujan makin lebat,
ribut, petir, guruh, air masuk ke boat tak berhenti….saya mula berdoa “ Ya
Allah, janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada kami Ya Allah”…kami semua
kebasahan…air dalam bot cuba ditimba keluar, namun apakan daya…Joe kelihatan
agak cuak…dalam hati terdetik.. “kalaulah bot nie terbalik…Allah…dah lah bawa
adik bersama…masak lah nak menjawab”…dalam kekalutan tengah-tengah laut tue
kami semua berpengangan tangan…masing-masing sibuk dengan doa-doa dan segala
ayat-ayat Quran…kami berserah….teringat cerita The Guardian. Joe meneruskan perjalanan
walaupun terpaksa melawan angin yang sangat kuat dan akhirnya kami selamat
sampai ke gigi pantai. Bila Joe cakap turun, kami semua melompat turun. Bila
sampai ke chalet, ramai orang sedang makan malam terkejut dengan kelibat kami…
“Berani sungguh, ribut-ribut pun keluar” kata mereka… beranilah sangat pakcik
oiii…tetiba sorang kawan cakap perlahan “tadi dalam bot tue, orang terkencing
sebab ketakutan yang amat sangat….” Kami semua tergelak…Alhamdulillah, kami
selamat.
Clear crystal water...feeding time!
Malam-3
Kami tidur dengan 1001
perasaan yang tak terluah dengan kata-kata…Alhamdulillah.
Hari-3
Kami tak guna servis
Abg Din atau Joe lagi, bukan kerana serik, memang dah plan nk kayaking jer last
day nie. Pagi-pagi lepas subuh, tunggu sunrise (SubhanaAllah, sangat tenang…) kemudian
diteruskan dengan kayak…. Kami lalu semula track yang malam tadi kami redah
dalam ribut dan petir…kami cuma mampu tersenyum…hidup lagi. TQ Allah…Selesai
berjimba-jimba di sekitar Perhentian Besar, kami menunggu bot untuk balik ke
darat…dan cuaca hari itu sangat cantik.
No comments:
Post a Comment