Antara masalah utama
(terutama perempuan) untuk travel ialah beg pakaian terlalu besar kerana tak
tahu nak bujet jumlah pakaian dan suka bawa barang-barang yang tak perlu poonnn
masa travel tue. Konsep travel saya mudah jer, no ‘jangok-jangok’ sangat masa
travel…Simple and selesa.
Kan dah pening kepala nak susun beg kalau semua orang bawa banyak baju
Tips membawa pakaian
(minimumkan pakaian):
1) Bawa
pakaian dengan jumlah yang paling minimum (biasanya kita akan membeli t-shirt/
pakaian di tempat yang dilawati sebagai souvenir peribadi).
2) Bawa
pakaian yang ringan namun selesa.
3) Bagi
muslimat, jika ingin membawa telekung digalakkan bawa telekung dari kain jenis
ringan dan nipis tapi tidak menampakkan kulit (telekung travel).
4) Bagi
muslimat yang bertudung, boleh mengurangkan jumlah tudung dengan membawa tudung
yang mempunyai corak yang berbeza (depan dan belakang tak sama).
5) Bawa
pakaian yang dibawa tidak memerlukan iron dan mudah kering.
6) Tidak
perlu membawa tuala yg tebal dan berat (akan mengambil space dan memberatkan
beg). Sebaliknya, bawa hand towel dan kain batik/kain pelikat.
7) Boleh
menggunakan pakaian dalam pakai buang (jika selesa).
8) Jika
tempoh mengembara terlalu lama, bawa beberapa pakaian yang kita boleh buang
pakaian tersebut setelah kita pakai. Dalam pengembaraan saya hampir sebulan di
Europe dan UK, saya telah membuang
jeans, hand towel,track suit, t-shirt, tudung dan kain batik. Saya
berjaya mengekalkan beg seberat 7kg shj (termasuk souvenirs yang baru dibeli).
Jika melancong semasa
musim sejuk, digalakkan membeli pakaian musim sejuk dinegara yang dilawati:
lebih banyak pilihan dan murah (jika nak bawa dari rumah, bawa sehelai sahaja).
No comments:
Post a Comment