Sunday, November 3, 2013

Labuk Bay Probocis Monkey Sanctuary

Hari kedua di Sandakan

Selepas breakfast (hari kedua) kami keluar awal pagi kerana nak ke Labuk Bay Probocis Monkey Santuary tu makan masa jugak dari bandar Sandakan. Santuari ini terletak di tengah hutan bakau si sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang, Labuk Bay. Dari bandar Sandakan perjalanan mengambil masa dalam satu jam. Suatu ketika dahulu, saya pernah gamble dengan seorang kawan travel saya menaiki boat dari Labuan ke Menumbok semata-mata ingin melihat proboscis monkey secara dekat namun tak berjaya kerana masanya tak sesuai (tengahari) dan misi  itu di teruskan ke Sandakan. Kami hanya berbekalkan peta topo…tak de GPS. Dengan lafaz, Ihdinassirotolmustaqim….moga-moga Dia membawa kami ke jalan yang benar.


Roundabout Buaya-menunjukkan arah nak ke Labuk Bay

Alhamdulillah, tak sesat walaupun Sandakan ni banyak benor roundabout yang comel-comel (ade banyak mascot kat roundabout). Jalan untuk sampai ke Labuk Bay nie pun agak menarik juga kerana melalui jalan yang kecik dan dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau– cam jalan felda-felda di Semenanjung. Nak masuk ke Sanctuary nie ade fees nya lah dan kamera dikenakan bayaran mengikut jenis kamera yang di bawa. Daripada pintu depan kita kene menapak dalam 10 minit untuk sampai ke sanctuary.

Laluan dari entrance ke 'kediaman' probocis monkey

Labuk Bay nie terletak dalam kawasan paya bakau dan banyak lah spesis flora dan fauna yang bole dilihat sepanjang jalan itu.  Kami sampai sebelum masa makan, bila feeding time, sempat lah kami tengok sepuasnya salah satu ciptaan Allah yang sangat unik-tang hidungnya tue. Probocis Monkey atau monyet Belanda sangat dikenali kerana hidungnya yang besar, bagi monyet jantan. Bagi monyet betina, hidungnya lebih kecil. Dalam dunia haiwan, spesis jantan perlu kelihatan lebih menarik bagi mendapatkan perhatian haiwan betina…berbeza pulak dengan manusia, yang perempuan biasanya lebih beria untuk kelihatan cantik. 

feeding time
depa nie makan roti jugak....selain buah-buah

nie cara depa minum
paling kanan, adalah betina, kiri jantan.


Selesai meng’observe behavior si hidung besar kami sempat menonton tayangan video tentang proboscis monkey. Di sini juga ada kedai souvenirs khas proboscis monkey namun, cam biasa lah harganya jauh mahal jika dibandingkan dengan souvenirs di Pasar Umum Sandakan.


Rezki Allah itu banyak bentuknya. Jika ke tempat orang, kene manis kan mulut, jangan sombong. Rezki kami menemukan kami dengan salah seorang bekas pelajar Prof (yang kami kenal rapat), yang bekerja part time sebagai tour guide. Beliau mencadangkan kami ke Kinabatangan River Cruise kerana ia ibarat menu wajib jika ke Sandakan. Beliau juga dengan baik hati menghubungi kawannya yang bekerja sebagai boatman dan kautim harga untuk kami. Alhamdulillah, harga yang diberikan sangat-sangat murah dan sangat jauh beza dengan agen yang kami tanya di sekitar bandar Sandakan dan airport….yang memang tak mampu kami nak bayar. Hasil nasihat beliau, kami menukar plan daripada nak menunggu feeding time di Rehab Orang Utan kepada Kinabatangan River Cruise...dan macam-macam cerita pulak jadi masa kat sana….bersambung dalam entry Kinabatangan River Cruise. 

Feeding time
Platform A: 09:30 & 14:30
Platform B: 11:30 & 16:30

Bayaran masuk
 Pemegang MyKad
 Dewasa                                  RM15
Bawah umur 12 tahun             RM5
Lain-lain
Dewasa                                   RM60.00
Bawah umur 12 tahun             RM30.00

No comments:

Post a Comment