Monday, November 4, 2013

Kinabatangan River Cruise

Sandakan Hari kedua

Bertolak dari Labuk Bay


Dengan hanya berbekalkan lakaran peta pada kertas kecik, akhirnya kami berjaya sampai ke Kinabatangan…Kami ingatkan kami dah sesat barat sebab…sangat jauh rupanya Kinabatangan dengan sanctuary proboscis (hampir 3 jam).  Kata tour guide tadi dekat jer….iya, dekat bagi dia kerana dah biasa berulang alik bawa tourist.

Sungai Kinabatangan-terpanjang di Sabah....sayang sekali dah tercemar, air yang keruh tue akibat logging.


Dengan tahap kelaparan yang tinggi, satu lagi masalah datang, petrol kereta hampir habis betul. Sepanjang perjalanan tue kami dah nampak ramai orang jual petrol dalam botol, tapi kami tak pulak beli sebab fikir dekat jer sungai ni…bila petrol dah nak habis, tak der lah pulak orang jual petrol tepi jalan…nak cari petrol pam….mimpi jer lah..Boatman kami nasihatkan kami lunch dulu sebab rivercruise boleh mula jam 5 petang…satu lagi masalah…kalau 5 petang mula cruise, pukul berapa pulak kami nak balik sandakan nie…
menu special di Kinabatangan: Nasi Goreng Udang Galah...sangat sedap.

banyak nya nak kene fikir. Hal petrol kene setelkan dulu…lepas menggunakan bantuan boatman, kami masih gagal mencari orang yang menjual petrol - kebetulan semua yang berdekatan dengan rumah boatman tak berniaga pulak hari tu. Kecuakan melanda kami, kerana esok pagi flight kami agak awal…takkan nak tidur di Kinabatangan pulak…mungkin kerana kesian dengan muka kami yang penat dan cuak nie, boatman sekali lagi tolong kami dengan meminta bantuan dari bos kepada boat-boat rivercruise. Alhamdulillah, walaupun harganya mahal untuk petrol Ron 92, tapi kami sangat bersyukur. 

budak sekolah pun tunggu boat


Jetty menunggu sebelum ke rivercruise

Boatman  yang baik hati awalkan sedikit masa cruise kami kepada +- 3.30pm namun ujian kami berterusan lagi bila Dia menurunkan hujan… cam mana nak cruise kalau hujan…kami menunggu dengan sabar, moga-moga hujan tidak lebat dan berterusan. Bila hujan mula renyai, kami dibekalkan dengan poncho untuk meneruskan river cruise. Kami rela meredah hujan (incase hujan tetiba lebat semula). Kita merancang, namun Dia adalah sebaik-baik perancang. Hujan itu melewatkan sedikit masa cruise kami namun ada hikmahnya.  Masa lewat petang lebih sesuai bagi tujuan rivercruise kerana masa petang lebih mudah untuk melihat burung, orang utan, proboscis dan gajah boneo pygmy. 

 boat kami masuk ke salah satu anak sungai kinabatangan....jelas kelihatan perbezaan warna dua sungai ini.


deretan chalets di tepian sungai....sangat2 mahal kalau nk ambil pakej di sini


Melihat keindahan alam, keunikan spesis-spesis flora dan fauna dan merasai ketenangan berada jauh dari bandar. Maha Suci Allah…Allahuakbar. Boatman sangat baik dengan memberi penjelasan lanjut tentang burung, udang galah, proboscis dan gajah kecil. Pengetahuan beliau dalam bab ini sangat bagus dan penglihatan beliau sangat tajam dan tepat. Walaupun tanpa binocular beliau masih boleh mencari burung-burung dan haiwan liar di celahan dedaun hijau. 

Birding....mencari kenyalang


antara spesies yang kami jumpa
Buku nie boatman yang punya.....
perangkap udang galah, anak udang galah akan dilepaskan semula...x cukup besar nak jual

Jambatan ini dibina oleh penyelidik, bertujuan untuk melihat sekiranya ada orang utan melintas


Selesai satu pusingan di anak sungai Kinabatangan, kami masuk ke sungai Kinabatangan bagi melihat secara dekat gajah kecik yang dikenali sebagai Bornoe Pygmy. Spesis  gajah kecil ini hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Asia Tenggara dan ia agak baru ditemui. Setelah menunggu dalam 15 minit, berduyun-duyun boat sampai ke kawasan kami kerana terdapat beberapa kawasan di tepian sungai ini merupakan kawasan bagi gajah kecil ini turun untuk mandi. Rezki kami lagi pada hari itu, memang si gajah kecil ada keluar ke tepian sungai. 

puluhan boat menunggu gajah kecik
si gajah kecik
semua kagum melihat si gajah kecik


Walaupun kami tidak sempat menunggu (kekangan masa) gajah kecil mandi, namun kami sangat teruja kerana dapat melihat mereka secara dekat. Kemudian, boatman membawa kami menyusuri tepian sungai Kinabatangan dan sekali lagi saya bertemu dengan si hidung besar di habitat asalnya. 

Probocis monkey di tepian sungai kinabatangan

depa snap kami, kami snap depa

Jelas kelihatan boatman kami berpuas hati kerana misi beliau untuk menunjukkan beberapa spesis utama di Sungai Kinabatangan berjaya. Untuk pengetahuan, sungai ini adalah kawasan buaya yang aktif namun kami tak berkesempatan melihat pak Crocs. Dua jam lebih di Sungai Kinabatangan sangat bermakna dan penuh dengan ilmu. Semasa berada di Sungai Kinabatangan, selain dari spesis-spesis exotic itu menjadi tarikan, rupanya kami juga menjadi tarikan lensa kemera dari pelancong luar… kerana kami lah satu-satunya bot yang merupakan orang melayu, perempuan dan bertudung. Errmmm…nampaknya orang luar lebih menghargai kepelbagaian biologi yang ada di Malaysia…orang Malaysia mana…..? mungkin di London…kerana semasa saya ke London, orang melayu bersepah-sepah…..shooooping.

No comments:

Post a Comment