Transport adalah satu perkara penting semasa merancang percutian. Pilih transport sesuai dengan bujet dan tujuan travel.
Bas
Bas merah cukup popular
di London. Perjalanan saya ke Europe juga dengan menaiki bas. Namun di
Malaysia, masih kurang orang yang suka menaiki bas disebabkan oleh banyak faktor
yang saya tak boleh nak sebutkan di sini, mungkin ada yang sensitive pulak. Banyak
tempat di Malaysia ni saya sampai dengan menaiki bas (kalau tiket flight mahal,
saya akan naik bas, kalau tak, naik flight lagi bagus). Biasanya perjalanan ke
pantai timur dan ke utara saya akan memilih untuk menaiki bas. Naik bas malam,
boleh tidur dan rehat, bila sampai boleh terus jalan-jalan.
Tips
menaiki bas:
1) Jika
anda seorang yang mabuk kenderaan, elakkan duduk di tingkat atas bas, namun
bagi mereka yang tidak mabuk digalakkan duduk di atas terutamnya jika
mengembara di luar negara (rugi terlepas pandangan yang cantik sepanjang perjalanan
jika duduk di bawah).
2) Jika
menaiki bas di negara 4 musim, berhati-hati dengan heater dalam bas (elakkan
letak barang-barang berharga).
3) Jika
bas ada menyediakan seat belt, sila pakai bagi mengelakkan kecelakaan jika
berlaku kemalangan.
4) Seat
paling belakang biasanya memberi pengalaman yang tidak enak kepada belakang dan
pinggang penumpang.
5) Seat
paling depan dan belakang dilihat sebagai seat yang paling berisiko jika
berlaku kemalangan.
6) Bawa
selimut/jacket (biasanya perjalanan malam agak sejuk dan air cond bas adalah
automatic).
7) Barang-barang
berharga digalakkan dibawa bersama (hand-carry) bagi mengelakkan kecurian.
Kereta sewa/ sendiri
Memandu sendiri dengan
kereta sendiri atau kereta sewa memang lebih memudahkan kita kerana kita boleh
ubah plan perjalanan mengikut suka-suka hati kita. Kalau dengan public
transport, terpaksa mengikut jadual mereka lah. Alangkah baiknya jika sistem
sewa kereta di Malaysia sama seperti di UK dan Europe, di mana kita boleh sewa
di tempat A dan hantar di tempat B. ini boleh menjimatkan masa para pengembara
terutamanya yang mengembara dengan jarak yang jauh. Jika di bandar-bandar
besar, jangan kan kereta, basikal pun boleh sewa di tempat A dan hantar tempat
B. Contohnya, saya sewa basikal di Kensington dan bawa basikal jalan-jalan ke
Hyde Park. Bila nak balik malas pulak
nak berbasikal, nak naik underground. Jadi saya hantar je basikal tu di sekitar
Hyde Park. Selesai.
Berbasikal di Austria tidak sepopular di Amsterdam dan London.
Tips perjalanan
menggunakan kenderaan sendiri atau sewa:
1) Pastikan
kenderaan dalam keadaan selamat.
2) Mahir
dengan system pemanduan di tempat dilawati (right handed/ left handed)
3) Bawa
bersama GPS (yang diupdate) dan peta.
4) Pastikan
baki minyak tidak terlalu sedikit-sentiasa isi, persediaan jika sesat dan tiada
petrol stesen. (terutamanya jika travel di luar Malaysia).
5) Jumlah
penumpang biarlah sesuai dengan jenis kenderaan (contoh : jika kereta, boleh
dimuatkan sehingga 4 orang, perkongsian akan mengurangkan kos bagi setiap
individu)
6) Bekalan
makanan, air dan ubatan berada ditempat yang mudah dicapai.
7) Bawa
bersama kelengkapan asas membaiki kenderaan, lebih elok mahir kan diri.
Sky Bus/ Kapal Terbang
Buat masa ni, bagi
perjalanan keluar negara, saya lebih gemar menggunakan perkhimatan sky bus/
flight. Ini kerana, cuti tak boleh lah lama sangat, lebih cepat jika
dibandingkan pergi dengan bas ataupun tren. Once dah touch down, saya akan mula
naik public transport (no more fly-fly). Dengan gaji yang tak berapa nak banyak
ni, saya tak pernah lah naik dengan biz class atau 1st class. Kelas
ekonomi pun ok jer…sama-sama sampai jugak.
Arab Cuisine-Kuwait Airways
Tips
semasa berada dalam penerbangan (since hanya menggunakan penerbangan kelas
ekonomi, ini tips khas untuk penumpang di kelas ekonomi):
1) Bawa
beberapa pakaian dalam beg hand-carry (in case beg hilang/tertukar fligt etc).
2) Bawa
bekalan ubatan khas untuk kegunaan sendiri.
3) Bawa
toiletries (dalam amaun mini).
4) Pakai
pakaian yang selesa terutamanya untuk perjalanan yang jauh.
5) Semasa
dalam penerbangan, jangan makan makanan yang tidak sesuai dengan perut anda dan
diri anda (makanan yang boleh menyebabkan allergic)
6) Sesekali
lakukan stretching (bagi perjalanan jauh).
7) Jangan
ganggu penumpang lain (tidak bercakap dengan suara yang kuat/ shade perlu
ditutup/ kurangkan pergerakan keluar masuk-jika duduk di seat paling dalam).
Tram/ tren/ MRT/ LRT
Sebagai seorang
penggemar public transport, banyak jugak perjalanan saya di darat menggunakan
tren terutamanya jika berada di bandar paling bz di Malaysia, KL. Tren adalah
yang paling mudah dan menjimatkan. Bagi negara-negara maju yang pernah saya
pergi seperti London, France, Amsterdam dan Italy, tren/ tram memang menjadi
pilihan. Kat sana pakej dengan menggunakan tren jauh lebih menjimatkan. Mungkin
satu hari Malaysia akan aplikasi kan sistem ini.
Tram di Swiss
Tips perjalanan dengan train:
1) Tempah
tiket terlebih awal (banyak negara yang
memberi pelbagai jenis diskaun jika tiket ditempah awal).
2) Faham
sistem tren/tram/mrt dan lain-lain mengikut negara yang dilawati.
3) Membawa
bersama peta perjalanan system tren/mrt/tram.
4) Simpan
tiket sehingga selesai perjalanan (biasanya konduktor tren datang membuat
pemeriksaan tiket).
5) Tahu
tempat yang ingin turun (saya sendiri pernah terpaksa menapak selepas terlepas
stesen semasa trip saya ke Kelantan). Sistem tren yang tak sama dengan yang biasa naik.
Peta perjalanan tram (Rome)
Bot/ feri / perahu
Tips perjalanan yang
melibatkan bot/perahu/feri, kenderaan atas air:
River cruise
1) Dokumen-dokumen
penting dan gadgets perlulah disimpan di dalam beg yang ‘water resist’.
2) Pakaian
dibungkus dengan plastic sebelum di masukkan ke dalam backpacks (walaupun
backpacks itu water resist).
3) Pakai
pakaian yang sesuai (termasuk topi, sun glass)
4) Pakai
life jackets.
5) Paling
bagus tahu berenang.
6) Bawa
bersama ubat mabuk bagi mereka yang mabuk laut.
7) Berhati-hati
ketika berada di bahagian tepi bot/ kapal/ feri.
No comments:
Post a Comment