Sunday, November 3, 2013

Ensiklopedia solat

Tajuk: Ensiklopedia Solat
Author: Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd. Hanif



Aku Janji Solat:
“Katakanlah sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam” ~ Surah al-An’am 6:162

Perintah Solat:
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam kengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu. Bahkah Kamilah nyang memberikan rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” ~ Surah Toha 80: 132

Buku ini sangat padat dan penuh dengan maklumat berkenaan dengan solat, kena dengan nama buku ini sendiri. Buku setebal hampir 500 pages ini penuh dengan ilmu bermanfaat.  Buku ini meliputi penjelasaan tentang Fiqah, Falsafah, Sejarah dan Saintifik solat itu sendiri. Saya masih dalam proses membaca, memahami dan cuba mengamalkan kaedah solat dengan lebih baik dan betul. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita biasa buat selama ini tidak betul. Kita kene betulkan yang biasa dan biasakan yang betul terutamanya dalam soal ibadat. Namun, cm biasa, apa yang kita baca kene rujuk juga pada yang pakar utk lebih faham dan jgn sampai salah faham. Saya ingin kongsikan satu bab yang saya rasa menarik dan baru bagi saya (kalau orang-orang tinggi ilmu agama, bab ni tak de apa lah sangat, saya nie orang biasa-biasa jer). Baru jumpa bab nie masa menelaah buku ni.

Tajuk : Posisi imam ketika bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat (page 168):

Sekiranya terjadi keadaan yang menyebabkan sekumpulan Muslim terpaksa mengerjakan solat dalam keadaan tidak menutup aurat atau bogel, maka hendaklah bersolat jemaah dalam satu baris bagi lelaki. Ini kerana keutamaan bagi lelaki ialah mengerjakan solat secara berjemaah. Oleh itu imam hendaklah berada selari dengan mamkmum supaya masing-masing tidak melihat aurat orang lain, melainkan jika berada dalam keadaan gelap atau makmumnya buta, diharuskan imam berada di depan makmum. ( Rujuk al-Mughni, Ibn Qatadah, 11, 318 dan Al-Syarh Mumti’, Ibnu Uthaimin, IV/370)….waAllahua’lam.

No comments:

Post a Comment