Sandakan-Sabah
Tepian Sandakan
Trip ke Sabah memang sentiasa best walaupun simple-simple jer. Sabah nie negeri pilihan pertama dalam Malaysia jika saya nak travel. Satu Sabah tue sangat best nak jelajah-ini pandangan orang yang suka nature. Kawan saya pernah ke KK, bosan katanya. Ye, minat dan kegemaran adalah berbeza mengikut individu. Total kos include ticket flight, meals, hotel bla-bla, dlm 280rm/pax sahaja. Cam biasa booking tiket dengan Air Asia masa sale dan awal 6 bulan. Kami menginap dua malam di Seafront Hotel, Sandakan. Hotel nie biasa-biasa jer. Yang penting attached toilet. Bilik kami lengkap dengan aircond, ade tv lagi…more than enough. Breakfast pun ade. Bagi saya telur separuh masak, dengan black coffe, roti bakar dengan butter di Hotel Sandakan ni sangat sedap- kene dengan selera saya walaupun saya tak berapa gemar telur separuh masak. Harapan kami nak sampai ke Pulau Penyu tidak kesampaian kerana tak boking awal-awal dan pakej yang ada agak mahal (bagi kami). Jadi masa yang ada kami jejalan di Sandakan nie, guna kereta sewa.
Bandar Sandakan-kecik jer....
Lobby Seafront Hotel Sandakan
Kraf hasil laut
Simple breakfast.
Hari pertama:
Tempat yang kami lawat :Pasar Tamu Sandakan- macam-macam ade jual kat pasar nie. Kemudian kami jalan-jalan ke Pasar Umum Sandakan….misi mencari souvenirs wajib geng kami iaitu t-shirt dan fridge magnet. Walaupun kedainya tak sebanyak kedai di Pasar Filipin KK, pilihan agak banyak dan harga masih berpatutan. T-shirt memang kene beli sebab tak bawa banyak baju. Pas memusing dua pasar nie kami pusing-pusing bandar Sandakan. Dinner malam tue kami pekena ikan bakar lah….apa lagi. Harga agak murah tapi saya lebih suka ikan bakar di KK.
antara jualan di Pasar Pagi Sandakan
Misi mencari t-shirt, bahagian atas Pasar Umum Sandakan
ikan segar-segar
Dinner kami
Ikan Pari
Hari kedua
Tarikan utama pelancong
ke sini ialah Pulau Penyu, Pusat Rehab Orang Utan, Labuk Bay Probocis Monkey
Sanctuary, Kinabatangan River Cruise dan jugak teroka gua. Dan tujuan utama
saya ke Sandakan sememangnya sebab nak jumpa Probocis Monkey secara real…face
to face. Antara haiwan yang saya nak jumpa live…bukan di Zoo… Probocis Monkey,
Sloth, Pinguin. Hari kedua kami penuh dengan aktiviti yang di luar jangkaan…
Plan asal nak ke Labuk Bay dan ke Rehab Orang Utan bertukar…cerita penuh di
entry Labuk Bay dan Kinabatangan River Cruise. Last minit tukar plan, namun ia
sangat terkesan pada kami. Malam kedua kami di Sandakan, saya mencuba local cuisine
yang paling top. Ikan bakar dah rasa, malam tue saya cuba Coto Makasar…rasanya
agak pelik kalau nak banding dengan Soto semenanjung…layan jer lah. Kawan-kawan
saya tak der lah berani sangat nk order makanan local, kot sakit perut…makanan
di gerai-gerai di sini agak menarik, dan saya mencuba sejenis kuih local,
rasanya memang sedap, cam bingka perisa jagung tapi lebih sedap sebab dibungkus
dalam daun dan dikukus. Namanya saya dah lupe sebab tak berapa reti nak
sebut…pas makan kami ronda-ronda lah jugak malam di Sandakan. Kebanyakan
restoran seafood dimiliki oleh orang cina, so walaupun direkomen kan oleh
penduduk local untuk mencuba dibeberapa restoran terkenal, idok lah dapat kami
merasa…Halal…Halal kate mereka…tapi ade Carlsberg pulak kat lightboard…cam mana
kira tue…maka wajiblah kita mencari yang Halal.
coto makasar
saya namakan kueh nie, bingka jagung...sedaaappp.
antara makanan local di sandakan
Jus buah...mmg patern Borneo, bungkus air cm nie...
jus buah semua di tambah susu tp murah jer...sedap pun sedap...
Hari ke tiga
Pagi-pagi lepas
breakfast (sama je menu, tapi sedap) kami sambung meneroka bandar Sandakan,
pergi last visit ke Pasar Umum Sandakan sebab ade jer barang yang nak beli
before fly. Lepas siap shopping kami bergambar disekitar bandar Sandakan, agak
cantik jugak walaupun simple jer bandar nya. Kami melawat jugak Kampung Air di
Sandakan. Patern yang sama jugak dengan Kampung air di Labuan, KK, Tawau,
Semporna…tak jauh beza. Kami kembali ke airport dengan saki baki minyak kereta
yang sangat sedikit….memang boatman kami sangat bijak…ngam-ngam soi jer…cerita
pasal boatman ade dalam entry Kinabatangan River Cruise…Back to KL. Dalam
banyak-banyak tempat kami pergi, yang paling best ialah Kinabatangan River
Cruise. Bagi saya, jika anda bukan pencinta alam, Sandakan mungkin bukan tempat
yang sesuai untuk anda lawati kerana di Sandakan, its all about wildlife and
nature.
sayur siap potong...bawa balik terus je masak, bole jumpa di Pasar Umum Sandakan
macam2 jajan ada
Perumahan di kg air...sama jer dgn patern2 kg air di sabah atau Brunei
Kg Air Sim-Sim
Sandakan-view from air bus...bye-bye sandakan
No comments:
Post a Comment