Wednesday, September 11, 2013

Dimulakan dengan Bismillah...

Kenapa saya tetiba buang tebiat nk nulis blog nie? Pengalam travel dan ilmu tu tak lah banyak sangat kott, orang lain saya tengok lagi banyak tahu… selepas balik dari umrah, saya jadi manusia yang rajin membaca buku-buku agama dan ada hal yang paling signifikant ialah, kata-kata kebanyakan penulis buku~ kongsilah ilmu walaupun sikit, asalkan ilmu itu bermanfaat~. Kawan-kawan seperjalanan memang suruh buat catatan perjalanan nie dah lama sangat, tapi saya bukan lah manusia yang rajin sangat nak menulis. Akhirnya, memikirkan saya bukanlah manusia yang banyak sangat amalan untuk dibawa ke alam sana, jadi baik lah saya kongsikan sikit apa yang saya tahu. Mungkin banyak yang dikongsikan telah diketahui umum. Ambillah mana-mana yang baik dan tinggalkan lah apa-apa contoh yang tidak baik. Saya hanyalah manusia yang tidak lepas dari melakukan kesalahan namun berusaha untuk jadi lebih baik dan biarlah selepas mati nanti ada juga harta peninggalan saya.

No comments:

Post a Comment