Bandung...oooh Bandung...
Entry pasal Bandung nie
tak de nak cerita panjang, mungkin lebih kepada tips untuk mereka yang suka
shoping. Bandung adalah syurga bagi wanita normal (yang suka shoping). Trip
saya ke sana selama 5hari 4 malam. Dengan menaiki pesawat Air Asia, tiket 2 way
hanyalah berharga RM80…booking masa Air Asia sale. Trip kali ni melibatkan
kira-kira 35 orang (dewasa dan kanak-kanak). Agak pening kepala bila nak handle
golongan yang banyak peringkat umur (dari pesara-bayi). Masing-masing banyak
ragam nya. Kami menginap di Hotel Perdana Wisata, agak dekat dengan Pasar Baru
(jalan kaki je sampai). Masa ke Bandung nie saya hanya membawa 3 helai baju dan
selebihnya di beli di Bandung. Murah dan berbaloi. Diringkaskan cerita, jika
nak shoping/jejalan di Bandung:
1)
Bawa duit secukup nya (biasanya orang
yang pertama kali ke Bandung akan extra shoping).
2)
Jika membeli di Pasar Baru, ambil kad
kedai (biasanya orang sesat dan tak jumpa kedai yang sama).
3)
Pergi membeli di awal pagi untuk dapat
harga “pecah telur” dan lewat petang dengan harga “tutup kedai”. Kalau di
Pantai Timur, peniaga sebut hage gori…memang murah.
4)
Walau malas cam mana pun survey
barang/kain yang nak dibeli di beberapa kedai, pasti ada beza, mintak harga
pass dengan penjual (last price/harga mati).
Telekung antara pillihan kaum hawa jika ke bandung.
5)
Bagi mereka yang gemarkan barang-barang
branded, di Bandung memang banyak outlet yang menjual barang-barang branded
dengan harga yang lebih murah dari Malaysia, namun, pastikan ori.
6)
Jika membeli terlalu banyak
kain/pakaian, digalakkan buang plastik bungkusan/kotak. Pakaian/barang yang
baru dibeli juga perlu di asing-asingkan beg (jangan letak dalam satu beg- untuk
elakkan cukai semasa tiba di Malaysia).
7)
Berhati-hati semasa membuat pembayaran,
tengok betul-betul note matawang yang di bayar dan digalakkan membawa
calculator untuk memudahkan pengiraan kadar pertukaran wang.
8)
Jangan bawa semua wang semasa bershoping
kerana pencopet ada di mana-mana.
9)
Tidak digalakkan memberi sedekah kepada
pengemis kerana jika di beri kepada sorang, nanti sekumpulan akan datang
menyerbu…jika berlebihan rezki, boleh lah…Esok kumpulan pengemis ini akan
tunggu dekat bas/van, minta lagi…
10)
Biasanya ada satu kumpulan fotografer
yang tak tahu dari mana akan ambil gambar kita dan agak memaksa kita untuk
membeli gambar itu dengan harga yang agak mahal. Bole abaikan, atau minta harga
yang paling rendah.
11)
Jika didatangi oleh seseorang yang ingin
membantu anda melintas, keluar parking kereta, memayungi (panas/hujan), membawa
barang-barang…ini bukan percuma. Mereka mengharapkan tips dari anda…kerana
memang ada golongan yang bekerja sebegitu.
12)
Berhati-hati dengan makanan di sana
kerana, bertudung dan bersongkok itu tak semestinya dia mengamalkan islam
secara total. Sila bertanya kepada tour guide/orang tempatan yang boleh
dipercayai tentang status halal terutamanya gerai-gerai di tepi jalan. Mereka
memang tidak menghidangkan daging babi, namun banyak gerai menggunakan minyak
lemak babi dalam masakan. Nauzubillah.
13)
Jika melawat ke Tangkuban Parahu, bagi
mereka yang tidak tahan dengan bau sulfur, pakai mask, kerana kawan saya
hampir pitam masa di sana.
nampak dengan jelas...sulfur lah tu.
14)
Jika didatangi dengan penjual key-chain,
t-shirt dan segala macam souvenirs, kalau tak minat, tidak digalakkan nego
harga kerana, once u nego, dia akan folo sampai kita beli.
Kalau agak-agak
memang nak borong banyak dari sana, add on bag siap-siap masa boking tiket,
jangan nanti extra luggage pulak, dan jangan lupa, sebelum balik kene bayar
airport tax
No comments:
Post a Comment