Travel domestik
Bagi perjalanan
domestic, selain tips yang diterangkan sebelum nie, tak ada tips tambahan yang special. Ini kerana
bila jalan-jalan di negara sendiri, jika ada berlaku masalah atau emergency,
lebih kita boleh minta bantuan dengan lebih mudah…roger jer lah family dan
kengkawan.
Travel antarabangsa
Perjalanan keluar
negara akan memberi sedikit cabaran bagi mereka yang pertama kali keluar negara
lebih-lebih lagi jika pergi secara solo. Biasanya perempuan akan lebih berisiko
berbanding lelaki (bukanlah bermaksud merendahkan kebolehan perempuan).
Tambahan kepada tips umum di atas:
1)
Pastikan negara yang ingin dilawati
selamat dari pelbagai segi:
-keselamatan:
perang, rusuhan, pemberontakan etc
-bencana
alam: musim sejuk yang melampau, banjir, gempa bumi etc
-tiada
penyakit berjangkit
2)
Pastikan passport masih ‘hidup’ (lebih enam
bulan) sehingga balik ke negara sendiri.
3)
Buat salinan muka depan passport sbg
simpanan atau ambil foto dgn telefon dan simpan (bagi mengelakkan masalah jika
passport hilang atau kecurian).
4)
Dokumen penting seperti passport, tiket
pergi dan balik, tempahan hotel (B&B), jemputan persidangan, dll perlu
disimpan rapi dan mudah dicapai (biasanya diperiksa semasa sesi soal jawab
dengan imegresen).
5)
Belajar bahasa asas negara yang ingin
dilawati (terutamanya bagi negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar/ bahasa kedua).
6)
Menukar matawang asing semasa berada di
negara sendiri (lebih untung) dan rajin-rajinkan survey rate forex yang terbaik
(boleh call money changer). Pengalaman sendiri: Rate yang paling bagus: Money
changer di Mid Valley.
7)
Penggunaan kad kredit di negara luar : sila
inform pihak kad kredit sebelum pergi, (pengalaman kawan, dah sampai baru ingat
nak activate kad, tak boleh lah guna).
8)
Tidak digalakkan membawa wang tunai
terlalu banyak (jika terpaksa, asingkan wang).
9)
Tahu serba ringkas
undang-undang/peraturan dan pantang larang negara yang ingin dilawati.
10)
Dapatkan alamat dan nombor telefon
Kedutaan Negara sendiri di tempat yang ingin dilawati.
11)
Bawa peta sepanjang masa (jangan percaya
kepada terma “perempuan tak tahu baca peta”) .
12)
Bawa bekalan makanan Halal (bagi negara
yang tidak menyekat kemasukan makanan dari negara luar).
13) Bawa bersama international adaptor.
13) Bawa bersama international adaptor.
kalau nak yang cam nie, dalam cabin air asia ade jual.
No comments:
Post a Comment