Tajuk Buku: Fikh
Kerahsiaan Wanita
Author: Dr. Saaduddin
Mus’ad Hilali ; Terj: Fauwaz Fadzil
Kata-kata penulis yang
sangat terkesan di hati : “ Ilmu akan tersia-sia antara malu dan sombong”.
Buku ini membincangkan
satu isu yang mungkin sukar untuk dibincangkan secara umum kerana ianya terlalu
intim dan mungkin menimbulkan rasa tidak selesa jika dibincangkan secara umum. Ia
member penjelasan tentang persoalan faraj wanita menurut syariat islam. Buku
ini memberi penjelasan dalam bab hadas, haid, nifas, istihadah, persetubuhan
dan wanita hamil. Penulisan buku ini berdasarkan kepada lima mazhab (Hanafi,
Maliki, Syafie, Hambali dan Zahiri). Setiap persoalan di huraikan dengan
memberikan hujah yang padat berserta dengan dalil (Al-Quran dan Hadis). Bagi
saya buku ini mudah difahami walaupun ringkas dan sepatutnya dimiliki oleh
semua wanita dan bagi lelaki, buku ini juga baik dijadikan panduan dalam rumah
tangga. Namun untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas, perlu dirujuk
kepada mereka yang pakar dalam hukum fikh islam dan lebih baik jika
dibincangkan secara personal. Saya kongsikan satu daripada bab yang
dibincangakan dalam buku ini:
Bab: Cara berwuduk bagi
golongan uzur
Jumhur ulamak
berselisih pendapat dalam menyatakan wajib berwuduk bagi wanita beristihadah
dan golongan uzur dengan sebab kencing yang tidak berhenti-henti keluar dan
sebagainya. Di sini terdapat tiga pendapat:
Pendapat
pertama:
Wanita beristihadah
wajib berwuduk ketika masuk waktu setiap solat fardhu dan dia boleh bersolat
sebanyak mana solat fardu dan sunat. Ini adalah pendapat mazhab HAnafi dan
Hambali serta salah satu riwayat dalam mazhab Maliki.
Pendapat
kedua:
Wanita beristihadah
wajib berwuduk bagi setiap kali solat fardu tetapi dia boleh menunaikan solat
sunat sebanyak mana dia mahu di dalam satu waktu. Ini adalah mazhab Syafie.
Pendapat
ketiga:
Wanita berisihadah
wajib berwuduk bagi setiap solat fardu dan setiap solat sunat. Ini adalah
mazhab Zahiri.
Pendapat
penulis:
Ialah pendapat mazhab
Syafie yang mewajibkan bagi wanita beristiahdah berwuduk bagi setiap solat
wajib dan dia boleh menunaikan solat sunat sebanyak mana dia mahu dalam satu
waktu. Apabila wanita beristihadah berwuduk, maka tidak terbatal wuduk
sekiranya darah turun mengalir selepas daripada berwuduk walaupun ia mengalir
sebelum solat atau ertengahan solat, dia wajib meletakkan tisu yang bersih di
kemaluannya agar darah tidak menitik. Wuduk tidak batal kerana dia uzur.
No comments:
Post a Comment