Monday, November 4, 2013

Kinabatangan River Cruise

Sandakan Hari kedua

Bertolak dari Labuk Bay


Dengan hanya berbekalkan lakaran peta pada kertas kecik, akhirnya kami berjaya sampai ke Kinabatangan…Kami ingatkan kami dah sesat barat sebab…sangat jauh rupanya Kinabatangan dengan sanctuary proboscis (hampir 3 jam).  Kata tour guide tadi dekat jer….iya, dekat bagi dia kerana dah biasa berulang alik bawa tourist.

Sungai Kinabatangan-terpanjang di Sabah....sayang sekali dah tercemar, air yang keruh tue akibat logging.


Dengan tahap kelaparan yang tinggi, satu lagi masalah datang, petrol kereta hampir habis betul. Sepanjang perjalanan tue kami dah nampak ramai orang jual petrol dalam botol, tapi kami tak pulak beli sebab fikir dekat jer sungai ni…bila petrol dah nak habis, tak der lah pulak orang jual petrol tepi jalan…nak cari petrol pam….mimpi jer lah..Boatman kami nasihatkan kami lunch dulu sebab rivercruise boleh mula jam 5 petang…satu lagi masalah…kalau 5 petang mula cruise, pukul berapa pulak kami nak balik sandakan nie…
menu special di Kinabatangan: Nasi Goreng Udang Galah...sangat sedap.

banyak nya nak kene fikir. Hal petrol kene setelkan dulu…lepas menggunakan bantuan boatman, kami masih gagal mencari orang yang menjual petrol - kebetulan semua yang berdekatan dengan rumah boatman tak berniaga pulak hari tu. Kecuakan melanda kami, kerana esok pagi flight kami agak awal…takkan nak tidur di Kinabatangan pulak…mungkin kerana kesian dengan muka kami yang penat dan cuak nie, boatman sekali lagi tolong kami dengan meminta bantuan dari bos kepada boat-boat rivercruise. Alhamdulillah, walaupun harganya mahal untuk petrol Ron 92, tapi kami sangat bersyukur. 

budak sekolah pun tunggu boat


Jetty menunggu sebelum ke rivercruise

Boatman  yang baik hati awalkan sedikit masa cruise kami kepada +- 3.30pm namun ujian kami berterusan lagi bila Dia menurunkan hujan… cam mana nak cruise kalau hujan…kami menunggu dengan sabar, moga-moga hujan tidak lebat dan berterusan. Bila hujan mula renyai, kami dibekalkan dengan poncho untuk meneruskan river cruise. Kami rela meredah hujan (incase hujan tetiba lebat semula). Kita merancang, namun Dia adalah sebaik-baik perancang. Hujan itu melewatkan sedikit masa cruise kami namun ada hikmahnya.  Masa lewat petang lebih sesuai bagi tujuan rivercruise kerana masa petang lebih mudah untuk melihat burung, orang utan, proboscis dan gajah boneo pygmy. 

 boat kami masuk ke salah satu anak sungai kinabatangan....jelas kelihatan perbezaan warna dua sungai ini.


deretan chalets di tepian sungai....sangat2 mahal kalau nk ambil pakej di sini


Melihat keindahan alam, keunikan spesis-spesis flora dan fauna dan merasai ketenangan berada jauh dari bandar. Maha Suci Allah…Allahuakbar. Boatman sangat baik dengan memberi penjelasan lanjut tentang burung, udang galah, proboscis dan gajah kecil. Pengetahuan beliau dalam bab ini sangat bagus dan penglihatan beliau sangat tajam dan tepat. Walaupun tanpa binocular beliau masih boleh mencari burung-burung dan haiwan liar di celahan dedaun hijau. 

Birding....mencari kenyalang


antara spesies yang kami jumpa
Buku nie boatman yang punya.....
perangkap udang galah, anak udang galah akan dilepaskan semula...x cukup besar nak jual

Jambatan ini dibina oleh penyelidik, bertujuan untuk melihat sekiranya ada orang utan melintas


Selesai satu pusingan di anak sungai Kinabatangan, kami masuk ke sungai Kinabatangan bagi melihat secara dekat gajah kecik yang dikenali sebagai Bornoe Pygmy. Spesis  gajah kecil ini hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Asia Tenggara dan ia agak baru ditemui. Setelah menunggu dalam 15 minit, berduyun-duyun boat sampai ke kawasan kami kerana terdapat beberapa kawasan di tepian sungai ini merupakan kawasan bagi gajah kecil ini turun untuk mandi. Rezki kami lagi pada hari itu, memang si gajah kecil ada keluar ke tepian sungai. 

puluhan boat menunggu gajah kecik
si gajah kecik
semua kagum melihat si gajah kecik


Walaupun kami tidak sempat menunggu (kekangan masa) gajah kecil mandi, namun kami sangat teruja kerana dapat melihat mereka secara dekat. Kemudian, boatman membawa kami menyusuri tepian sungai Kinabatangan dan sekali lagi saya bertemu dengan si hidung besar di habitat asalnya. 

Probocis monkey di tepian sungai kinabatangan

depa snap kami, kami snap depa

Jelas kelihatan boatman kami berpuas hati kerana misi beliau untuk menunjukkan beberapa spesis utama di Sungai Kinabatangan berjaya. Untuk pengetahuan, sungai ini adalah kawasan buaya yang aktif namun kami tak berkesempatan melihat pak Crocs. Dua jam lebih di Sungai Kinabatangan sangat bermakna dan penuh dengan ilmu. Semasa berada di Sungai Kinabatangan, selain dari spesis-spesis exotic itu menjadi tarikan, rupanya kami juga menjadi tarikan lensa kemera dari pelancong luar… kerana kami lah satu-satunya bot yang merupakan orang melayu, perempuan dan bertudung. Errmmm…nampaknya orang luar lebih menghargai kepelbagaian biologi yang ada di Malaysia…orang Malaysia mana…..? mungkin di London…kerana semasa saya ke London, orang melayu bersepah-sepah…..shooooping.

Sunday, November 3, 2013

Labuk Bay Probocis Monkey Sanctuary

Hari kedua di Sandakan

Selepas breakfast (hari kedua) kami keluar awal pagi kerana nak ke Labuk Bay Probocis Monkey Santuary tu makan masa jugak dari bandar Sandakan. Santuari ini terletak di tengah hutan bakau si sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang, Labuk Bay. Dari bandar Sandakan perjalanan mengambil masa dalam satu jam. Suatu ketika dahulu, saya pernah gamble dengan seorang kawan travel saya menaiki boat dari Labuan ke Menumbok semata-mata ingin melihat proboscis monkey secara dekat namun tak berjaya kerana masanya tak sesuai (tengahari) dan misi  itu di teruskan ke Sandakan. Kami hanya berbekalkan peta topo…tak de GPS. Dengan lafaz, Ihdinassirotolmustaqim….moga-moga Dia membawa kami ke jalan yang benar.


Roundabout Buaya-menunjukkan arah nak ke Labuk Bay

Alhamdulillah, tak sesat walaupun Sandakan ni banyak benor roundabout yang comel-comel (ade banyak mascot kat roundabout). Jalan untuk sampai ke Labuk Bay nie pun agak menarik juga kerana melalui jalan yang kecik dan dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau– cam jalan felda-felda di Semenanjung. Nak masuk ke Sanctuary nie ade fees nya lah dan kamera dikenakan bayaran mengikut jenis kamera yang di bawa. Daripada pintu depan kita kene menapak dalam 10 minit untuk sampai ke sanctuary.

Laluan dari entrance ke 'kediaman' probocis monkey

Labuk Bay nie terletak dalam kawasan paya bakau dan banyak lah spesis flora dan fauna yang bole dilihat sepanjang jalan itu.  Kami sampai sebelum masa makan, bila feeding time, sempat lah kami tengok sepuasnya salah satu ciptaan Allah yang sangat unik-tang hidungnya tue. Probocis Monkey atau monyet Belanda sangat dikenali kerana hidungnya yang besar, bagi monyet jantan. Bagi monyet betina, hidungnya lebih kecil. Dalam dunia haiwan, spesis jantan perlu kelihatan lebih menarik bagi mendapatkan perhatian haiwan betina…berbeza pulak dengan manusia, yang perempuan biasanya lebih beria untuk kelihatan cantik. 

feeding time
depa nie makan roti jugak....selain buah-buah

nie cara depa minum
paling kanan, adalah betina, kiri jantan.


Selesai meng’observe behavior si hidung besar kami sempat menonton tayangan video tentang proboscis monkey. Di sini juga ada kedai souvenirs khas proboscis monkey namun, cam biasa lah harganya jauh mahal jika dibandingkan dengan souvenirs di Pasar Umum Sandakan.


Rezki Allah itu banyak bentuknya. Jika ke tempat orang, kene manis kan mulut, jangan sombong. Rezki kami menemukan kami dengan salah seorang bekas pelajar Prof (yang kami kenal rapat), yang bekerja part time sebagai tour guide. Beliau mencadangkan kami ke Kinabatangan River Cruise kerana ia ibarat menu wajib jika ke Sandakan. Beliau juga dengan baik hati menghubungi kawannya yang bekerja sebagai boatman dan kautim harga untuk kami. Alhamdulillah, harga yang diberikan sangat-sangat murah dan sangat jauh beza dengan agen yang kami tanya di sekitar bandar Sandakan dan airport….yang memang tak mampu kami nak bayar. Hasil nasihat beliau, kami menukar plan daripada nak menunggu feeding time di Rehab Orang Utan kepada Kinabatangan River Cruise...dan macam-macam cerita pulak jadi masa kat sana….bersambung dalam entry Kinabatangan River Cruise. 

Feeding time
Platform A: 09:30 & 14:30
Platform B: 11:30 & 16:30

Bayaran masuk
 Pemegang MyKad
 Dewasa                                  RM15
Bawah umur 12 tahun             RM5
Lain-lain
Dewasa                                   RM60.00
Bawah umur 12 tahun             RM30.00

Sandakan

Sandakan-Sabah


Tepian Sandakan

Trip ke Sabah memang sentiasa best walaupun simple-simple jer. Sabah nie negeri pilihan pertama dalam Malaysia jika saya nak travel. Satu Sabah tue sangat best nak jelajah-ini pandangan orang yang suka nature. Kawan saya pernah ke KK, bosan katanya. Ye, minat dan kegemaran adalah berbeza mengikut individu. Total kos include ticket flight, meals, hotel bla-bla, dlm 280rm/pax sahaja. Cam biasa booking tiket dengan Air Asia masa sale dan awal 6 bulan. Kami menginap dua malam di Seafront Hotel, Sandakan. Hotel nie biasa-biasa jer. Yang penting attached toilet. Bilik kami lengkap dengan aircond, ade tv lagi…more than enough. Breakfast pun ade. Bagi saya telur separuh masak, dengan black coffe, roti bakar dengan butter di Hotel Sandakan ni sangat sedap- kene dengan selera saya walaupun saya tak berapa gemar telur separuh masak. Harapan kami nak sampai ke Pulau Penyu tidak kesampaian kerana tak boking awal-awal dan pakej yang ada agak mahal (bagi kami). Jadi masa yang ada kami jejalan di Sandakan nie, guna kereta sewa.

Bandar Sandakan-kecik jer....

Lobby Seafront Hotel Sandakan

Kraf hasil laut


Simple breakfast.


Hari pertama:
Tempat yang kami lawat :Pasar Tamu Sandakan- macam-macam ade jual kat pasar nie. Kemudian kami jalan-jalan ke Pasar Umum Sandakan….misi mencari souvenirs wajib geng kami iaitu t-shirt dan fridge magnet. Walaupun kedainya tak sebanyak kedai di Pasar Filipin KK, pilihan agak banyak dan harga masih berpatutan. T-shirt memang kene beli sebab tak bawa banyak baju. Pas memusing dua pasar nie kami pusing-pusing bandar Sandakan. Dinner malam tue kami pekena ikan bakar lah….apa lagi. Harga agak murah tapi saya lebih suka ikan bakar di KK.

antara jualan di Pasar Pagi Sandakan

Misi mencari t-shirt, bahagian atas Pasar Umum Sandakan

ikan segar-segar 

Dinner kami 

Ikan Pari

Hari kedua
Tarikan utama pelancong ke sini ialah Pulau Penyu, Pusat Rehab Orang Utan, Labuk Bay Probocis Monkey Sanctuary, Kinabatangan River Cruise dan jugak teroka gua. Dan tujuan utama saya ke Sandakan sememangnya sebab nak jumpa Probocis Monkey secara real…face to face. Antara haiwan yang saya nak jumpa live…bukan di Zoo… Probocis Monkey, Sloth, Pinguin. Hari kedua kami penuh dengan aktiviti yang di luar jangkaan… Plan asal nak ke Labuk Bay dan ke Rehab Orang Utan bertukar…cerita penuh di entry Labuk Bay dan Kinabatangan River Cruise. Last minit tukar plan, namun ia sangat terkesan pada kami. Malam kedua kami di Sandakan, saya mencuba local cuisine yang paling top. Ikan bakar dah rasa, malam tue saya cuba Coto Makasar…rasanya agak pelik kalau nak banding dengan Soto semenanjung…layan jer lah. Kawan-kawan saya tak der lah berani sangat nk order makanan local, kot sakit perut…makanan di gerai-gerai di sini agak menarik, dan saya mencuba sejenis kuih local, rasanya memang sedap, cam bingka perisa jagung tapi lebih sedap sebab dibungkus dalam daun dan dikukus. Namanya saya dah lupe sebab tak berapa reti nak sebut…pas makan kami ronda-ronda lah jugak malam di Sandakan. Kebanyakan restoran seafood dimiliki oleh orang cina, so walaupun direkomen kan oleh penduduk local untuk mencuba dibeberapa restoran terkenal, idok lah dapat kami merasa…Halal…Halal kate mereka…tapi ade Carlsberg pulak kat lightboard…cam mana kira tue…maka wajiblah kita mencari yang Halal.

coto makasar

saya namakan kueh nie, bingka jagung...sedaaappp.

antara makanan local di sandakan
Jus buah...mmg patern Borneo, bungkus air cm nie...
jus buah semua di tambah susu tp murah jer...sedap pun sedap...



Hari ke tiga

Pagi-pagi lepas breakfast (sama je menu, tapi sedap) kami sambung meneroka bandar Sandakan, pergi last visit ke Pasar Umum Sandakan sebab ade jer barang yang nak beli before fly. Lepas siap shopping kami bergambar disekitar bandar Sandakan, agak cantik jugak walaupun simple jer bandar nya. Kami melawat jugak Kampung Air di Sandakan. Patern yang sama jugak dengan Kampung air di Labuan, KK, Tawau, Semporna…tak jauh beza. Kami kembali ke airport dengan saki baki minyak kereta yang sangat sedikit….memang boatman kami sangat bijak…ngam-ngam soi jer…cerita pasal boatman ade dalam entry Kinabatangan River Cruise…Back to KL. Dalam banyak-banyak tempat kami pergi, yang paling best ialah Kinabatangan River Cruise. Bagi saya, jika anda bukan pencinta alam, Sandakan mungkin bukan tempat yang sesuai untuk anda lawati kerana di Sandakan, its all about wildlife and nature.
sayur siap potong...bawa balik terus je masak, bole jumpa di Pasar Umum Sandakan

macam2 jajan ada

Perumahan di kg air...sama jer dgn patern2 kg air di sabah atau Brunei

Kg Air Sim-Sim

Sandakan-view from air bus...bye-bye sandakan


Ensiklopedia solat

Tajuk: Ensiklopedia Solat
Author: Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd. Hanif



Aku Janji Solat:
“Katakanlah sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam” ~ Surah al-An’am 6:162

Perintah Solat:
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam kengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu. Bahkah Kamilah nyang memberikan rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” ~ Surah Toha 80: 132

Buku ini sangat padat dan penuh dengan maklumat berkenaan dengan solat, kena dengan nama buku ini sendiri. Buku setebal hampir 500 pages ini penuh dengan ilmu bermanfaat.  Buku ini meliputi penjelasaan tentang Fiqah, Falsafah, Sejarah dan Saintifik solat itu sendiri. Saya masih dalam proses membaca, memahami dan cuba mengamalkan kaedah solat dengan lebih baik dan betul. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita biasa buat selama ini tidak betul. Kita kene betulkan yang biasa dan biasakan yang betul terutamanya dalam soal ibadat. Namun, cm biasa, apa yang kita baca kene rujuk juga pada yang pakar utk lebih faham dan jgn sampai salah faham. Saya ingin kongsikan satu bab yang saya rasa menarik dan baru bagi saya (kalau orang-orang tinggi ilmu agama, bab ni tak de apa lah sangat, saya nie orang biasa-biasa jer). Baru jumpa bab nie masa menelaah buku ni.

Tajuk : Posisi imam ketika bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat (page 168):

Sekiranya terjadi keadaan yang menyebabkan sekumpulan Muslim terpaksa mengerjakan solat dalam keadaan tidak menutup aurat atau bogel, maka hendaklah bersolat jemaah dalam satu baris bagi lelaki. Ini kerana keutamaan bagi lelaki ialah mengerjakan solat secara berjemaah. Oleh itu imam hendaklah berada selari dengan mamkmum supaya masing-masing tidak melihat aurat orang lain, melainkan jika berada dalam keadaan gelap atau makmumnya buta, diharuskan imam berada di depan makmum. ( Rujuk al-Mughni, Ibn Qatadah, 11, 318 dan Al-Syarh Mumti’, Ibnu Uthaimin, IV/370)….waAllahua’lam.

Thursday, September 26, 2013

Transport

Transport adalah satu perkara penting semasa merancang percutian. Pilih transport sesuai dengan bujet dan tujuan travel. 

Bas

Bas merah cukup popular di London. Perjalanan saya ke Europe juga dengan menaiki bas. Namun di Malaysia, masih kurang orang yang suka menaiki bas disebabkan oleh banyak faktor yang saya tak boleh nak sebutkan di sini, mungkin ada yang sensitive pulak. Banyak tempat di Malaysia ni saya sampai dengan menaiki bas (kalau tiket flight mahal, saya akan naik bas, kalau tak, naik flight lagi bagus). Biasanya perjalanan ke pantai timur dan ke utara saya akan memilih untuk menaiki bas. Naik bas malam, boleh tidur dan rehat, bila sampai boleh terus jalan-jalan.



Tips menaiki bas:
1)   Jika anda seorang yang mabuk kenderaan, elakkan duduk di tingkat atas bas, namun bagi mereka yang tidak mabuk digalakkan duduk di atas terutamnya jika mengembara di luar negara (rugi terlepas pandangan yang cantik sepanjang perjalanan jika duduk di bawah).
2)     Jika menaiki bas di negara 4 musim, berhati-hati dengan heater dalam bas (elakkan letak barang-barang berharga).
3)  Jika bas ada menyediakan seat belt, sila pakai bagi mengelakkan kecelakaan jika berlaku kemalangan.
4)  Seat paling belakang biasanya memberi pengalaman yang tidak enak kepada belakang dan pinggang penumpang.
5)    Seat paling depan dan belakang dilihat sebagai seat yang paling berisiko jika berlaku kemalangan.
6)      Bawa selimut/jacket (biasanya perjalanan malam agak sejuk dan air cond bas adalah automatic).
7)      Barang-barang berharga digalakkan dibawa bersama (hand-carry) bagi mengelakkan kecurian.

Kereta sewa/ sendiri

Memandu sendiri dengan kereta sendiri atau kereta sewa memang lebih memudahkan kita kerana kita boleh ubah plan perjalanan mengikut suka-suka hati kita. Kalau dengan public transport, terpaksa mengikut jadual mereka lah. Alangkah baiknya jika sistem sewa kereta di Malaysia sama seperti di UK dan Europe, di mana kita boleh sewa di tempat A dan hantar di tempat B. ini boleh menjimatkan masa para pengembara terutamanya yang mengembara dengan jarak yang jauh. Jika di bandar-bandar besar, jangan kan kereta, basikal pun boleh sewa di tempat A dan hantar tempat B. Contohnya, saya sewa basikal di Kensington dan bawa basikal jalan-jalan ke Hyde Park.  Bila nak balik malas pulak nak berbasikal, nak naik underground. Jadi saya hantar je basikal tu di sekitar Hyde Park. Selesai.

Berbasikal di Austria tidak sepopular di Amsterdam dan London. 

Tips perjalanan menggunakan kenderaan sendiri atau sewa:

1)      Pastikan kenderaan dalam keadaan selamat.
2)      Mahir dengan system pemanduan di tempat dilawati (right handed/ left handed)
3)      Bawa bersama GPS (yang diupdate) dan peta.
4)   Pastikan baki minyak tidak terlalu sedikit-sentiasa isi, persediaan jika sesat dan tiada petrol stesen. (terutamanya jika travel di luar Malaysia).
5)      Jumlah penumpang biarlah sesuai dengan jenis kenderaan (contoh : jika kereta, boleh dimuatkan sehingga 4 orang, perkongsian akan mengurangkan kos bagi setiap individu)
6)      Bekalan makanan, air dan ubatan berada ditempat yang mudah dicapai.

7)      Bawa bersama kelengkapan asas membaiki kenderaan, lebih elok mahir kan diri.


Sky Bus/ Kapal Terbang

Buat masa ni, bagi perjalanan keluar negara, saya lebih gemar menggunakan perkhimatan sky bus/ flight. Ini kerana, cuti tak boleh lah lama sangat, lebih cepat jika dibandingkan pergi dengan bas ataupun tren. Once dah touch down, saya akan mula naik public transport (no more fly-fly). Dengan gaji yang tak berapa nak banyak ni, saya tak pernah lah naik dengan biz class atau 1st class. Kelas ekonomi pun ok jer…sama-sama sampai jugak.

Arab Cuisine-Kuwait Airways

Tips semasa berada dalam penerbangan (since hanya menggunakan penerbangan kelas ekonomi, ini tips khas untuk penumpang di kelas ekonomi):

1)      Bawa beberapa pakaian dalam beg hand-carry (in case beg hilang/tertukar fligt etc).
2)      Bawa bekalan ubatan khas untuk kegunaan sendiri.
3)      Bawa toiletries (dalam amaun mini).
4)      Pakai pakaian yang selesa terutamanya untuk perjalanan yang jauh.
5)    Semasa dalam penerbangan, jangan makan makanan yang tidak sesuai dengan perut anda dan diri anda (makanan yang boleh menyebabkan allergic)
6)      Sesekali lakukan stretching (bagi perjalanan jauh).
7)   Jangan ganggu penumpang lain (tidak bercakap dengan suara yang kuat/ shade perlu ditutup/ kurangkan pergerakan keluar masuk-jika duduk di seat paling dalam).

Tram/ tren/ MRT/ LRT

Sebagai seorang penggemar public transport, banyak jugak perjalanan saya di darat menggunakan tren terutamanya jika berada di bandar paling bz di Malaysia, KL. Tren adalah yang paling mudah dan menjimatkan. Bagi negara-negara maju yang pernah saya pergi seperti London, France, Amsterdam dan Italy, tren/ tram memang menjadi pilihan. Kat sana pakej dengan menggunakan tren jauh lebih menjimatkan. Mungkin satu hari Malaysia akan aplikasi kan sistem ini.
Tram di Swiss

           Tips perjalanan dengan train:
1)  Tempah tiket terlebih awal (banyak negara yang  memberi pelbagai jenis diskaun jika tiket ditempah awal).
2)      Faham sistem tren/tram/mrt dan lain-lain mengikut negara yang dilawati.
3)      Membawa bersama peta perjalanan system tren/mrt/tram.
4)      Simpan tiket sehingga selesai perjalanan (biasanya konduktor tren datang membuat pemeriksaan tiket).
5)  Tahu tempat yang ingin turun (saya sendiri pernah terpaksa menapak selepas terlepas stesen semasa trip saya ke Kelantan). Sistem tren yang tak sama dengan yang biasa naik.

Peta perjalanan tram (Rome)



Bot/ feri / perahu
Tips perjalanan yang melibatkan bot/perahu/feri, kenderaan atas air:

River cruise

1)      Dokumen-dokumen penting dan gadgets perlulah disimpan di dalam beg yang ‘water resist’.
2)  Pakaian dibungkus dengan plastic sebelum di masukkan ke dalam backpacks (walaupun backpacks itu water resist).
3)      Pakai pakaian yang sesuai (termasuk topi, sun glass)
4)      Pakai life jackets.
5)      Paling bagus tahu berenang.
6)      Bawa bersama ubat mabuk bagi mereka yang mabuk laut.
7)      Berhati-hati ketika berada di bahagian tepi bot/ kapal/ feri.